awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/10/2022
23:30 MYT
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
AHMAD RAZIF: Saya yakin, dan percayalah walaupun dengan keadaan solo sekalipun, UMNO dan Barisan Nasional Terengganu dapat rampas semula negeri Terengganu ini. -Astro AWANI
KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menawan kembali negeri itu menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata parti itu masih mempunyai peluang untuk menaklukinya meskipun bergerak secara solo.
Jelasnya, tidak mustahil pentadbiran negeri boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri itu.
"Tidak merugikan UMNO, malah saya nampak kerana UMNO sekarang dah ada kekuatannya apatah lagi kalau lihat di peringkat pusat, UMNO sendiri sudah mempunyai kekuatan tersendiri.
"Saya yakin, dan percayalah walaupun dengan keadaan solo sekalipun, UMNO dan Barisan Nasional Terengganu dapat rampas semula negeri Terengganu ini," kata Ahmad Razif.
Justeru, menurut beliau, UMNO mampu mengulangi kembali sejarah pada PRU tahun 2004 dan merampas semula Terengganu daripada tangan Pas.
Sebelum ini, UMNO Terengganu bertegas dan memutuskan untuk bergerak solo serta sedia bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN dalam PRU15.
Pada PRU14, BN dan UMNO hanya meraih 10 daripada 32 kerusi DUN iaitu Kijal, Bukit Besi, Telemong, Seberang Takir, Batu Rakit, Permaisuri, Langkap, Jertih, Hulu Besut dan Kuala Besut, selain dua kerusi Parlimen iaitu Hulu Terengganu serta Besut.
Bagaimanapun, kerusi Parlimen Hulu Terengganu jatuh ke tangan Bersatu selepas Datuk Rosol Wahid yang bertanding atas tiket UMNO menyertai Bersatu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#PRU15
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan