awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: UMNO gantung Ketua Wanita Arau, Maran - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
13/11/2022
07:20 MYT
PRU15: UMNO gantung Ketua Wanita Arau, Maran - Ahmad Maslan
Menurut Ahmad Maslan, ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada PRU15.- Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dua Ketua Wanita UMNO Bahagian digantung sementara atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penggantungan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran Datin Seri Fatimah Kassim itu, dibuat selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.
"Penggantungan itu selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada PRU15.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 146,737 anggota tentera, pasangan terlibat undi awal
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
"Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan (dikemukakan) kepada Lembaga Disiplin dalam waktu terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad berkata pemantauan berterusan akan dilakukan UMNO terhadap ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ahmad Maslan
#Ketua Wanita UMNO digantung
#Shamsiah Yasin
#Fatimah Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan