awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puad Zarkashi jangan jadi batu api, hentikan percakaran dalam parti - KB Kuala Krai

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2021
11:45 MYT
Puad Zarkashi jangan jadi batu api, hentikan percakaran dalam parti - KB Kuala Krai
Mohamed Zulkepli berkata, Mohd Puad perlu mengelakkan percakaran sesama sendiri dan bekerjasama untuk meraih kepercayaan rakyat. - Sumber foto Facebook Mohamed Zulkepli Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Puad Zarkashi diingatkan tidak menjadi batu api namun perlu memberi sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha membantu rakyat yang kini terkesan akibat pandemik COVID-19.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Mohamed Zulkepli Omar berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu juga perlu mengelakkan percakaran sesama sendiri dan bekerjasama untuk meraih kepercayaan rakyat dalam situasi yang getir sebegini.
"Bila kita bercakaran, bila pula masa kita hendak membantu rakyat? Ini masa fokus kepada usaha membantu rakyat dan bertolak ansur antara satu sama lain.
"Dia (Puad) banyak menghentam dan banyak yang tidak kena di matanya, tetapi bagi saya tidak perlu kita membuat perbandingan. Apa yang penting kita dahulukan, yang kurang penting kita kemudiankan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: 30 Ahli Parlimen BN tandatangani surat akuan sokong Muhyiddin - Sumber
BACA: UMNO Kelantan tetap desak PM letak jawatan
Sebelum ini Puad dilaporkan berkata, Ismail Sabri tidak boleh melangkaui kepemimpinan parti meskipun memegang jawatan dalam kerajaan kerana dalam kedudukan parti, beliau adalah Naib Presiden dan bukannya Presiden, Timbalan Presiden atau Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Katanya, jawatan TPM yang disandang Ismail Sabri bukan tiket untuk 'bulldoze' Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebaliknya perlu mendapat persetujuan Presiden UMNO jika membabitkan soal parti.
Mohd Puad bekata demikian sebagai mengulas pertemuan Ismail Sabri dengan 40 Ahli Parlimen BN di Parlimen pada Khamis lalu berhubung sokongan untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, Mohamed Zulkepli menjelaskan, paling penting sekarang Mohd Puad memberi sokongan kepada Ismail Sabri kerana UMNO amat memerlukan kapasiti jawatan itu untuk membantu parti demi menjaga rakyat di kawasan masing-masing.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#TPM
#UMNO
#Parlimen
#letak jawatan
#PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan