awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahman Dahlan dakwa UMNO kini parti paling stabil

Arfa Yunus, Firdaus Azil
Arfa Yunus, Firdaus Azil
23/02/2019
13:17 MYT
Rahman Dahlan dakwa UMNO kini parti paling stabil
ABDUL RAHMAN: UMNO kini sudah berada pada tahap dan landasan yang terbaik.
Selepas menyifatkan UMNO sebagai parti yang tiada hala tuju jelas pada Disember tahun lalu, kini Ahli Majlis Tertingginya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata UMNO merupakan parti yang paling stabil dalam negara.
Memberi contoh beberapa isu yang timbul dalam parti komponen Pakatan Harapan, Rahman berkata ini merupakan petunjuk bahawa parti gabungan kerajaan itu kini sudah terumbang-ambing.
“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), UMNO merupakan parti politik yang paling tidak stabil, tetapi setelah sembilan bulan berlalu, parti yang paling stabil dalam negara sekarang ini adalah UMNO.
“Parti PKR bercelaru antara (presiden) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan (timbalan presiden) Datuk Seri Azmin Ali, kemudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan masalahnya dan DAP yang tidak tahu identiti dan perjuangan mereka.
“Tetapi UMNO kini sudah berada pada tahap dan landasan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Malam Pekan Semenyih di sini pada Sabtu.
Rahman berkata demikian apabila ditanya mengenai pandangan beliau terhadap UMNO sekarang memandangkan pada 13 Disember tahun lalu, beliau menyifatkan tindakan keluar parti beramai-ramai pemimpin UMNO Sabah merupakan isyarat bahawa ada sesuatu yang masih tidak kena dengan parti itu.
Dalam catatan di Twitternya itu, Rahman turut berkata hala tuju UMNO dilihat masih terumbang-ambing dan banyak isyarat yang datang daripada pihak atasan mengelirukan anggota dan akar umbi.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Pakatan Harapan
#parti
#pengundi
#politik
#PRK Semenyih
#semenyih memilih
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan