awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Melaka diingatkan jangan ulangi 'kesilapan' PRU14 - Ketua Menteri

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/10/2022
09:51 MYT
Rakyat Melaka diingatkan jangan ulangi 'kesilapan' PRU14 - Ketua Menteri
Datuk Seri Sulaiman Md Ali beramah mesra dengan pekerja sektor pembersihan di Dewan Hang Tuah, Melaka, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Rakyat Melaka diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak lagi mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ini kerana tindakan menukar kerajaan dan memberi peluang kepada pembangkang pada PRU lalu menyebabkan ketidakstabilan politik sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan.
“Apa yang berlaku pada PRU14 lalu jangan ulangi dan pilihlah kerajaan yang benar-benar boleh membantu dan memenuhi semua keperluan rakyat kerana kita tidak mahu lagi berlaku kucar-kacir seperti sebelum ini.
“Janganlah (main) cuba-cuba, pilih kerajaan yang betul-betul yang boleh membantu dan membela rakyat Melaka dan ada trek rekod yang boleh mentadbir dan mengurus.
“Kalau pilih sana sikit, sini sikit, takkan ada satu pun parti yang boleh membentuk kerajan, rakyat juga yang sukar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pekerja Sektor Pembersihan di Dewan Hang Tuah, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat juga diingatkan untuk ambil tahu siapa yang ingin dipilih pada PRU15 yang akan berlangsung 19 November ini kerana kesilapan membuat pilihan bukan sahaja memberi kesan kepada situasi semasa, sebaliknya nasib dan masa depan anak-anak kecil.
“Saya bimbang nasib anak cucu kita masa akan datang kerana jika silap membuat pilihan, kenikmatan yang dinikmati hari ini belum tentu lagi mereka akan terima pada masa akan datang. Kita jaga agama, jaga bangsa Malaysia yang penuh dengan pelbagai kaum ini,” katanya.
Mengulas isu banjir berulang di Durian Tunggal, Alor Gajah yang didakwa gagal diselesaikan lebih berbelas tahun sehingga mangsa banjir berulang mengakui muak untuk memilih pemimpin baharu PRU15 kelak, Sulaiman berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengenepikan isu berkenaan
“(Tak mengundi) itu terserahlah hak masing-masing, kalau tak nak mengundi saya tak boleh paksa. Takkan sebab tak keluar mengundi banjir ini tak lagi berlaku?
“Kita sudah usaha yang mana banyak tindakan kita dah buat tetapi kawasan itu kawasan lembah, banyak perkara perlu kita lakukan dan tentunya mengambil masa sedikit,”ujarnya.
Tambah beliau, banyak peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan, bagaimanapun di kawasan berkenaan memerlukan peruntukan yang besar.
Dalam masa sama, kata beliau, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan penduduk di kawasan itu dan pihaknya akan mengambil tindakan segera.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#rakyat melaka
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan