awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rakyat muak dengan sikap ahli politik' - Abqaree gesa tumpu perangi COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2020
20:44 MYT
'Rakyat muak dengan sikap ahli politik' - Abqaree gesa tumpu perangi COVID-19
ABQAREE: Sepatutnya keutamaan ahli politik ketika ini bukanlah untuk menukar kerajaan, tetapi sepatutnya mereka memikirkan bagaimana untuk mengurus tekanan dihadapi rakyat ke arah sifar COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Senario politik negara yang tidak menentu meskipun ketika negara masih diancam COVID-19 membuatkan rakyat muak dengan sikap ahli politik di Malaysia.
Mereka sewajarnya mengutamakan rakyat dan bukannya sibuk menukar kerajaan ketika kes positif COVID-19 berterusan merekodkan tiga angka kes saban hari.
Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata tumpuan rakyat kini lebih terarah kepada pandemik bukannya politik negara yang bermacam-macam kisahnya.
"Jika kaitkan keadaan rakyat ketika ini dengan situasi politik, ya saya sangat setuju rakyat sangat-sangat muak dengan politik negara yang tidak menentu.
"Sepatutnya keutamaan ahli politik ketika ini bukanlah untuk menukar kerajaan, tetapi sepatutnya mereka memikirkan bagaimana untuk mengurus tekanan dihadapi rakyat ke arah sifar COVID-19," kata Abqaree.
Justeru, dia berharap semua ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang berhenti berpolitik dan memberi tumpuan penuh melawan COVID-19.
"Anak muda ketika ini melihat sesuatu yang tidak sihat dipertontonkan dari sudut pandangan politik negara.
"Ini kerana sepatutnya ahli politik yang kita pilih, yang telah mendapat mandat rakyat, sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat," kata Abqaree lagi.
Tegasnya, masalah dihadapi negara ketika ini benar-benar serius dan kerajaan perlu menanganinya dengan bijak.
Topic Berkaitan
#Abqaree Fawwaz Abekan
#rakyat muak sikap ahli politik
#Senario politik negara
#pandemik
#kes positif
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan