awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sabah diminta berwaspada janji kosong dibuat parti baharu - Musa

Bernama
Bernama
14/02/2017
08:56 MYT
Rakyat Sabah diminta berwaspada janji kosong dibuat parti baharu - Musa
MUSA: Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya. - Gambar fail
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pemimpin parti baharu itu, termasuk yang diterajui oleh bekas menteri persekutuan, hanya tahu menabur janji namun tidak akan mampu ditunaikan.
"Dia ingat rakyat kita mudah diperbodohkan. Orang Sabah bijak dan tahu menilai mana yang baik dan betul," katanya ketika berucap pada Majlis Menjiwai Rakyat di Kampung Padas di sini, hari ini.
Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga berkata sebaliknya Barisan Nasional (BN) terbukti ada rekod yang baik dalam melaksanakan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri ini.
Katanya ini kerana, kerajaan BN yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutamakan pendekatan mendengar luahan dan masalah rakyat menerusi konsep turun padang pemimpin BN di peringkat pusat dan negeri.
"Saya sendiri selalu turun padang berjumpa rakyat di semua daerah di negeri ini untuk mendengar masalah rakyat dan diselesaikan dengan cara terbaik," katanya.
Pada majlis itu, Musa menyampaikan sumbangan 150 beg sekolah dan anugerah murid cemerlang Sekolah Kebangsaan Padas selain 200 unit kerusi kepada sekolah itu.
Beliau turut mengumumkan kelulusan pembaikan Dewan Kampung Padas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN
#Datuk Seri Musa Aman
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Sibuga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan