awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai pengundi muda keluar mengundi - Fahmi Fadzil

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
13/10/2018
09:06 MYT
Ramai pengundi muda keluar mengundi - Fahmi Fadzil
Para pengundi beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi PRK Parlimen P132 Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson hari ini. - BERNAMA
Pakatan Harapan (PH) tetap positif dengan kehadiran peratusan pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson hari ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata data parti sendiri merekodkan sebanyak 44 peratus pengundi di bawah usia 40 tahun yang keluar mengundi hari ini.
"Ini jumlah yang agak memberangsangkan apabila ramai pengundi muda keluar membuang undi," katanya.
Ujarnya, data PH juga merekodkan jumlah pecahan antara jantina yang mengundi pada PRK Port Dickson – 58 peratus lelaki dan 42 peratus bagi wanita.
"Sistem kami merekodkan, 16.8 peratus yang keluar mengundi ialah mereka yang berusia antara 31 hingga 40 tahun. Jumlah pengundi bagi usia 40 tahun ke bawah adalah sekitar 44 peratus," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Port Dickson hari ini.
Manakala pecahan bagi kaum etnik pula yang keluar mengundi hari ini ialah 57 peratus adalah Melayu, 23 peratus adalah Cina dan 14 peratus India.
Ditanya mengenai peratusan pengundi yang keluar mengundi agak rendah, Fahmi berkata pihaknya menjangkakan faktor orang ramai masih bekerja.
"Kami jangkakan yang masih tidak keluar mengundi adalah kerana mereka masih bekerja dan sebab itu dalam mesej Menteri Besar Negeri Sembilan meminta majikan memberi peluang pengundi untuk balik mengundi hari ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#pengundi
#politik
#PRK Port Dickson
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan