awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Anti Lompat Parti: Ahli Parlimen PH nyata komitmen beri sokongan

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2022
05:58 MYT
RUU Anti Lompat Parti: Ahli Parlimen PH nyata komitmen beri sokongan
Pemimpin utama PH telah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini untuk membincangkan berkenaan RUU tersebut. - Foto Majlis Presiden PH
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen PH akan memberi sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti).
Menerusi satu kenyataan bersama, Majlis Presiden PH memaklumkan pemimpin utama PH telah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini untuk membincangkan berkenaan RUU tersebut.
"Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 seperti mana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen," memetik kenyataan tersebut.
Dalam pertemuan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing.
"Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat," memetik kenyataan itu.
Kerajaan menetapkan 11 April ini sebagai sidang khas Dewan Rakyat bagi meminda RUU tersebut.
Topic Berkaitan
#Perlembagaan Persekutuan
#ismail sabri yaakob
#Anwar Ibrahim
#Antilompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan