awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Shafie umum calon bila sampai waktunya

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
26/08/2020
04:36 MYT
Sabah Memilih: Shafie umum calon bila sampai waktunya
MOHD SHAFIE: "Kena ada program. Jangan hanya kita kerja tidak teratur tidak ada fokus. InsyaAllah kita kerja keraslah, jangan mendahului kerja tuhan."- Gambar fail
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya akan mengumumkan senarai kerusi dan nama calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila 'sampai waktunya'. 


Menurut Mohd Shafie, setakat ini, tumpuan diberikan kepada kerjasama antara semua pihak termasuklah komponen parti itu dalam memenangi PRN itu nanti. 


"Sampai waktu InsyaAllah, kita akan umumkan. Yang penting kita pastikan bila sampai pilihan raya saya memperingatkan ahli-ahli parti, lihat calon kalau itu datang dari parti kita, sokong, mana calon bukan datang dari parti kita tetapi gabungan kita, undi dia. 


"Kerjasama kita direalisasikan dengan jumlah undi, kuasa yang ada dengan kita," katanya.


Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran jentera Bahagian P. 176 Kimanis, di Dewan Masyarakat Bongawan, di sini pada Rabu. 


Mengulas lanjut mengenai momentum Warisan, Mohd Shafie berkata, pihaknya kini memberi fokus terhadap usaha dan kerja keras bagi membuahkan hasil dalam kalangan jentera parti. 


"Kita kena kerja, tiada usaha itu akan berjaya jika kita tidak bekerja, dan kerja pun disusun dengan rapi, ada perancangan dia. 


"Kena ada program. Jangan hanya kita kerja tidak teratur tidak ada fokus. InsyaAllah kita kerja keraslah, jangan mendahului kerja tuhan," katanya. 


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.
Setakat ini, belum ada mana-mana parti tampil untuk memuktamadkan senarai kerusi atau jumlah calon yang bakal bertanding.
Topic Berkaitan
#calon
#Malaysia
#Mohd Shafie Apdal
#pilihan raya
#pilihan raya negeri
#Presiden Parti Warisan Sabah
#PRN
#Sabah Memilih
#Shafie Apdal
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan