awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak Memilih: Abang Johari masih pertimbang tarikh PRN, ambil kira situasi COVID-19

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
23/10/2020
04:35 MYT
Sarawak Memilih: Abang Johari masih pertimbang tarikh PRN, ambil kira situasi COVID-19
Abang Johari masih mempertimbangkan tarikh yang sesuai, apatah lagi dalam suasana COVID-19 hari ini. - Astro AWANI
KUCHING:Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg masih belum memutuskan bila tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), yang akan berakhir pada April 2021 dan seterusnya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
Kata Ketua Menteri Sarawak itu, beliau masih mempertimbangkan tarikh yang sesuai dengan mengambil kira situasi COVID-19 hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan PRN Sarawak, walaupun pandemik itu masih belum reda.
“Bagi kami (kerajaan), kami mesti melihat kedua-dua belah pihak. Kerana kami tidak dapat meramalkan bila COVID-19 akan reda dan kami juga tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan sama ada (PRN) dapat diteruskan atau tidak.
“(Pertimbangan) kerana kami juga mementingkan kesihatan rakyat tetapi pada masa yang sama kami tidak dapat memerintah dan mengatur langkah menangani COVID-19 jika tiada mandat," katanya.
Beliau menjawab soalan pemberita yang menanya mengenai tarikh pembubaran DUN dan PRN Sarawak pada Sidang Media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di Kuching pada Jumaat.
Abang Johari mengakui, perkara itu adalah situasi sukar serta rumit selain sebarang keputusan perlu mempertimbangkan setiap faktor.
Sementara itu, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam urusan penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan pilihan raya.
"Situasi politik di Sarawak berbeza dengan Sabah yang terpaksa mengadakan pilihan raya negeri baru-baru ini," katanya.
Selain itu, Abang Johari berkata, pihaknya akan mengkaji kejayaan proses demokrasi di New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#Sarawak Memilih
#tarikh pilihan raya
#pembubaran DUN Sarawak
#Ketua Menteri Sarawak
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#PRN Sarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan