awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak akan serang peribadi Anwar - Isa Samad

Bernama
Bernama
02/10/2018
21:20 MYT
Saya tidak akan serang peribadi Anwar - Isa Samad
MOHD ISA: Kalau nak bangkitkan serangan peribadi (Anwar) calon Pakatan Harapan, saya boleh ceritakan sejak tahun 1998 lagi... semua dalam kocek saya, tapi ia tidak eloklah.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerang peribadi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Calon bebas itu berkata sebaliknya corak kempennya lebih tertumpu kepada khidmat yang pernah diberikan beliau selama ini kepada masyarakat setempat.
"Kalau nak bangkitkan serangan peribadi (Anwar) calon Pakatan Harapan, saya boleh ceritakan sejak tahun 1998 lagi... semua dalam kocek saya, tapi ia tidak eloklah. Bagaimanapun, saya dan Anwar adalah kawan lama," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program 'walkabout' di Kampung Arab dan Air Meleleh di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai serangan beberapa pemimpin PH terhadap dirinya dalam satu program ceramah di Kampung Pitchitan di sini, kelmarin.
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Anwar, Mohd Isa, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan empat calon bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Isa Abdul Samad
#Mohd Saiful Bukhari Azlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan