awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak berhasrat nak kembali jadi Presiden UMNO atau PM' - Najib

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2018
13:18 MYT
'Saya tidak berhasrat nak kembali jadi Presiden UMNO atau PM' - Najib
NAJIB: Saya minta maaf kalau sekiranya majlis tersebut telah membawa kepada persepsi atau kesimpulan yang tidak diinginkan. - Foto Facebook/Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi penjelasan tentang program sembang santai bersamanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Bekas Presiden Umno itu menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi presiden parti mahupun sebagai Perdana Menteri memandangkan beliau sudah pun memegang jawatan itu selama lebih sembilan tahun.
"Saya minta maaf kalau sekiranya majlis tersebut telah membawa kepada persepsi atau kesimpulan yang tidak diinginkan," katanya menerusi siaran Facebook Live dalam di akaun media sosialnya hari ini.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, adalah menjadi hasratnya untuk memberi pandangan dan idea yang boleh membantu ke arah memperkasakan Umno dan untuk mensejahterakan rakyat, sekali gus membangunkan ekonomi negara.
BACA: 1MDB bukan punca BN kalah?
Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada dirinya, beliau yakin ia dapat menyumbang ke arah matlamat tersebut.
"Lebih-lebih lagi dalam konteks kalau sekiranya ada fitnah, pembohongan atau apa-apa fakta yang tak betul sama ada sengaja atau tidak sengaja dilontarkan, maka menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, sebagai seorang ahli Parlimen...maka saya seharusnya memainkan peranan untuk membetulkan segala yang pada pendapat saya perlu diberikan penjelasan tepat berdasarkan pada angka dan fakta sebenarnya.
"Saya berharap semua pihak akan memberi ruang pada saya untuk saya memainkan peranan ini sebagai sumbangan saya untuk membantu rakyat, parti dan sekali gus memakmurkan negara Malaysia kita yang tercinta," katanya.
Sejam sebelum bersiaran langsung, Najib memuat naik status 'ada yang bimbang dengan kemunculan saya di program-program bersama rakyat? 5.30 petang ini saya nak buat Facebook Live' bagi menjawab kebimbangan ramai terhadap kemunculannya dalam program sedemikian.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ahli Parlimen Pekan
#bekas perdana menteri
#Najib Razak
#Presiden UMNO
#program sembang santai
#Pusat Dagangan Dunia Putra
#PWTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan