awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak muflis - Raja Kamarul Bahrin

Bernama
Bernama
11/06/2014
00:35 MYT
Saya tidak muflis - Raja Kamarul Bahrin
Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menafikan dakwaan kononnya beliau diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu pada Selasa seperti yang tersebar di internet.
"Saya tidak tahu menahu isu ini dan tidak pernah terima surat saman bank atau apa-apa daripada peguam pun. Jadi macam mana nak isytihar saya begitu? Kes apa? Bank mana? Projek apa?," katanya kepada Bernama menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Selasa.
Justeru katanya dakwaan tersebut tidak berasas kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau muflis.
Raja Kamarul Bahrin berkata beliau terkejut apabila mengetahui perkara itu dan hairan dengan motifnya apabila ia tersebar luas menerusi beberapa blog serta laman sosial hari ini seolah-olah mahu menjatuhkan maruah dan reputasinya.
"Insya-Allah saya akan buat PC (sidang akhbar) pada pukul 11.15 pagi esok di parlimen," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Raja Kamarul Bahrin yang bertanding atas tiket PAS meraih 45,828 undi menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong (35,043) dan calon bebas Maimun Yusof (182) dengan majoriti 10,785 undi.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#muflis
#nafi
#Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan