awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak pernah hilang keyakinan kepada Ahmad Zahid' - Bung Moktar

Radhi Muslim
Radhi Muslim
26/06/2021
14:58 MYT
'Saya tidak pernah hilang keyakinan kepada Ahmad Zahid' - Bung Moktar
Bung berkata, beliau tidak pernah hilang keyakinan terhadap Ahmad Zahid. - Gambar fail/ Bernama
SANDAKAN: Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kekal menyokong kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bung berkata, beliau tidak pernah hilang keyakinan terhadap Ahmad Zahid sepanjang tempoh ini.
Katanya, isu hilang sokongan yang digembur-gemburkan beberapa pihak ketika ini hanyalah satu persepsi.
“Saya sudah ulas, itu cuma persepsi sebilangan daripada (ahli) UMNO. Parti ini ada tiga juta lebih ahli, jadi kalau sepuluh orang tidak puas hati adillah.
“Tetapi saya menyatakan bahawa bukan semua orang Ahli-ahli Parlimen ataupun pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang hilang kepercayaan... cuma segelintir.
“Itu amalan dalam sebuah organisasi yang besarlah... Saya tidak pernah hilang keyakinan dengan presiden saya sebab kita yang pilih dia,” katanya.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata demikian dalam sidang media sempena Program Outreach Imunisasi COVID-19, di Pulau Tanjung Aru, Sandakan, pada Sabtu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengakui secara terbuka, sedang mengumpul akuan bersumpah (SD) beberapa Ahli Parlimen UMNO yang hilang kepercayan terhadap Ahmad Zahid.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#UMNO
#hilang kepercayaan
#Sabah
#Parlimen
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan