awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedih dengan keadaan politik Malaysia kini - Ku Nan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/02/2018
02:18 MYT
Sedih dengan keadaan politik Malaysia kini - Ku Nan
Tengku Adnan bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mewarnakan dinding lukisan sebelum melepaskan peserta Flag off Big Walk Program Volunteerisme in Community Engagement' di Jalan Tun H S Lee hari ini. --fotoBERNAMA
Rakyat perlu sedar bahawa sokongan harus diberikan kepada kerajaan kini yang telah menabur bakti selama berdekad dalam membangunkan negara, tegas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata, janganlah hanya kerana ada 'sesetengah' pihak yang cuba menggulingkan kerajaan demi cita-cita peribadi mereka, rakyat kehilangan kerajaan yang menjaga rakyat.
"Saya rasa amat sedih dengan keadaan politik Malaysia kini, kerana ada orang mempunyai ego yang tinggi, hati yang angkuh.
"Dia ingin jatuhkan kepimpinan yang ada, padahal kerajaan sedia ada ini sedang membawa negara di landasan yang betul.
"Saya tidak faham kenapa puak-puak ini ingin jatuhkan kerajaan. Barangkali kerana tidak kesampaian matlamat," kata Tengku Adnan.
Beliau merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga anaknya Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Menteri Wilayah Persekutuan yang mesra dikenali sebagai Ku Nan itu berkata demikian selepas merasmikan Program Sukarelawan dalam Penglibatan Komuniti (VOICE) sempena Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pagi ini.
Program ini menyaksikan 500 orang sukarelawan berjalan dari Jalan Tun H.S. Lee ke Masjid Jamek sebagai simbolik semangat kesukarelawanan bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan memberi sokongan sosial.
"Kami harap melalui inisiatif sebegini, semangat ini dapat dipupuk secara berterusan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan supaya momementum kesukarelawanan ini sentiasa tinggi," kata Ku Nan.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#pemimpin
#PRU
#PRU 14
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan