awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senyuman iringi pertemuan KJ dan Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2023
11:06 MYT
Senyuman iringi pertemuan KJ dan Muhyiddin
Melalui hantaran itu, kedua-dua individu berkenaan kelihatan tersenyum, namun tiada sebarang keterangan diletakkan. - Gambar/ IG Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM : Tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuat naik gambarnya bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory pada Isnin menimbulkan tanda tanya.
Melalui hantaran itu, kedua-dua individu berkenaan kelihatan tersenyum.
Bagaimanapun, tiada sebarang keterangan diletakkan menerusi gambar dimuat naik tersebut.
Pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.
Tawaran dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.
Bagaimanapun, Khairy sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Muhyiddin Yassin
#pertemuan
#tanda tanya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan