awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sheila Majid, jangan jadi alat propaganda pembangkang' - Rizal Mansor

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2017
09:11 MYT
'Sheila Majid, jangan jadi alat propaganda pembangkang' - Rizal Mansor
Kata Rizal, Sheila Majid perlu mengharga rezeki yang dinikmati selama ini hasil dari usaha kerajaan yang diterajui Barisan Nasional. - Gambar fail
Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid dinasihatkan agar tidak menjadi alat propaganda untuk pembangkang atau memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar.
Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor membuat teguran itu ekoran kenyataan Sheila menerusi akuan Twitternya mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.
Jelas Rizal, tidak ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha membawa masuk pelaburan agar peluang pekerjaan bertambah dan mengukuhkan nilai ringgit serta meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Sebagai artis veteran yang banyak pengalaman dan pengaruh, anda sepatutnya faham bahawa banyak hal dalam ekonomi yang bukan dalam kawalan kerajaan kerana faktor luaran sehingga nilai ringgit menyusut dan peluang pekerjaan makin mencabar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rizal turut mengingatkan Sheila tentang tiket konsert penyanyi itu Ogos lepas habis dijual termasuk yang berharga RM888 sebagai tanda ekonomi negara tidak terjejas.
"Mampukah para peminat anda yang mungkin kebanyakannya golongan umur pertengahan mampu membayar tiket konsert semahal itu jika benar hidup mereka terhimpit dan berada dalam kesusahan sejak beberapa bulan yang lalu," katanya.
Pada Isnin, Sheila menerusi akaun Twitternya memuat naik kenyataan mengenai kos sara hidup dan keluhan rakyat yang didakwa bosan dan marah kerana diperah untuk membayar hutang yang bukan berpunca daripada pihak lain.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datin Seri Rosmah Mansor
#Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
#ekonomi
#kos sara hidup
#Malaysia
#Ratu Jazz
#Rizal Mansor
#sheila majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan