awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivarasa dakwa Dr Xavier diberi tekanan untuk lompat parti

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2021
13:56 MYT
Sivarasa dakwa Dr Xavier diberi tekanan untuk lompat parti
Sivarasa kesal dan sedih dengan keputusan Dr Xavier keluar daripada parti dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan PN. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa kerajaan menyalahgunakan agensi penguatkuasaan untuk melakukan penyiasatan terpilih bertujuan mengugut dan memberi tekanan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Beliau yang mendakwa tindakan itu dibuat untuk mendesak mereka melompat parti meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghentikan perbuatan berkenaan.
Tegasnya, beliau kesal dan sedih dengan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar daripada PKR dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan PN.
"Adalah amat jelas, Datuk Dr Xavier Jayakumar tidak akan melakukan tindakan tersebut jika bukan kerana siasatan terpilih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berniat menakut-nakutkan beliau.
"Sehingga kini beberapa kenalan serta pegawai di kementerian beliau yang dahulu telah ditahan dan direman SPRM," dakwanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Xavier keluar parti: Amirudin akan bertemu kepimpinan PKR Cabang Kuala Langat
Terdahulu hari ini, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
Mengulas lanjut, Sivarasa berkata, Dr Xavier merupakan salah seorang pengasas PKR pada 1999.
"Semua sedia maklum akan sumbangan dan pengorbanan beliau yang sangat besar kepada parti," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Dr Xavier Jayakumar
#Keluar PKR
#naib presiden pkr
#SPRM
#kerajaan PN
#digesa henti salah guna
#tekanan
#lompat parti
#ahli Parlimen
#Ahli Parlimen Sungai Buloh
#Sivarasa Rasiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan