awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subramaniam nasihatkan ahli tidak hadir mesyuarat CWC petang ini

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2015
02:05 MYT
Subramaniam nasihatkan ahli tidak hadir mesyuarat CWC petang ini
Subramaniam sekali lagi menegaskan keahlian datuk G. Palanivel lucut 24 Februari lalu. - Gambar Fail
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini menasihatkan ahli parti itu agar tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) lantikan 2009 yang dijadual diadakan pukul lima petang nanti.
Tegas beliau, mesyuarat itu tidak sah, kerana dianjurkan oleh individu bukan anggota parti.
Dalam satu kenyataan, Subramaniam sekali lagi menegaskan keahlian Datuk Seri G. Palanivel lucut 24 Februari lalu. Justeru Palanivel tidak mempunyai kelayakan untuk mengadakan mesyuarat CWC.
Ahli parti diminta mengabaikan notis mesyuarat tersebut dan mengelak terperangkap dengan mesyuarat yang beliau sifatkan haram itu.
Kenyataan Subramaniam mengulas desas-desus mesyuarat CWC yang dijadual akan dipengerusikan Palanivel.
Mesyuarat berkenaan dikatakan akan menentukan tarikh pemilihan semula untuk parti bermasalah itu.
Bagaimanapun, mesyuarat itu dipercayai hanya melibatkan anggota yang menyokong Palanivel.
Subramaniam minggu lalu mengumumkan pemilihan di semua peringkat akan selesai menjelang Oktober.
Hasrat Palanivel menghantar notis mesyuarat memberi bayangan beliau juga akan mengadakan pemilihan semula parti.
Sekiranya ini berlaku, MIC kekal di dalam konflik dengan dua tarikh pemilihan semula parti, dijalankan oleh dua kem berbeza.
Topic Berkaitan
#CWC
#MIC
#Palanivel
#politik
#S. Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan