awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina

Bernama
Bernama
02/07/2024
09:30 MYT
Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina
Azalina berkata isu yang diberikan penerangan ialah penswastaan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), penyasaran subsidi diesel dan Perlembagaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO semalam mengadakan program jelajah penerangan bertujuan memastikan ahli parti itu mendapat maklumat sahih dan tepat berkaitan isu semasa.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata isu yang diberikan penerangan ialah penswastaan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), penyasaran subsidi diesel dan Perlembagaan.
Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata program terbabit dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
Turut serta, Ketua Pelaburan Strategik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Mohd Shahazwan Mohd Harris dan peguam Shahrul Fazli yang hadir memberi penerangan serta menjawab persoalan-persoalan diutarakan.
"Melalui program seperti ini, UMNO sentiasa mendepani cabaran dalam menyampaikan kebenaran kepada rakyat, memerangi berita palsu dan persepsi jahat yang sengaja dibina bagi menggugat kestabilan kerajaan," katanya dalam catatan menerusi Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#jelajah penerangan
#Azalina Othman Said
#isu semasa
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan