awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
Rundingan AS–Iran dihentikan sementara, perbezaan masih wujud
Ratusan ditahan dalam protes di UK bantah larangan terhadap Palestine Action
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarat bon: Azmin Ali tidak mahu tandatangan - Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2023
09:49 MYT
Syarat bon: Azmin Ali tidak mahu tandatangan - Rafizi
Menurut Rafizi, ada antara mereka termasuk bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak untuk tandatangan bon berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Tidak semua ahli Parlimen yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) menandatangani bon yang mengikat mereka kepada parti.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ada antara mereka termasuk bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak untuk tandatangan bon berkenaan.
"Saya belum semak dengan Setiausaha Agung (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), cuma seingat saya ada yang tandatangan dan ada yang menolak untuk tandatangan.
"Sebab ketika itu kumpulan Azmin Ali dan Azmin sendiri seingat saya tidak mahu tandatangan. Dia tak tandatangan sampai ke sudah, jadi saya tak pasti daripada 10 orang itu, berapa yang tandatangan dan berapa tidak tandatangan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi libat urus bersama kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa.
Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah surat saman terhadap 10 bekas ahli parlimen PKR telah dikeluarkan setakat ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, perkara itu akan diserahkan kepada peguam PKR, William Leong untuk memberi pandangan berhubung tindakan perundangan yang selanjutnya.
"Perkara ini nanti peguam William Leong perlu beri pandangan kepada parti, apa tindakan dan langkah selanjutnya, sama ada keputusan mahkamah itu bermakna mereka yang tidak tandatangan pun boleh disaman atau tidak itu di luar pengetahuan saya.
"Tapi saya ingat, ada yang tandatangan dan ada menolak," jelasnya.
Saifuddin sebelum ini memaklumkan fakta kes sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap Zuraida dan parti akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.
Selain Mohamed Azmin, bekas ahli parlimen PKR yang akan dikenakan tindakan saman ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota); Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak); Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal); Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat); Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat); Ali Biju (Saratok); Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo). -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Azmin Ali
#tandatangan bon
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan