awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid

Bernama
Bernama
28/01/2017
11:51 MYT
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Ahmad Zahid hari ini merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (gambar) yang menurutnya merupakan individu yang memberinya 'nyawa' dalam dunia politik. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, yang menurutnya merupakan individu yang memberinya 'nyawa' dalam dunia politik.
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Katanya namun Tajol Rosli yang ketika itu pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak tetap memberi kepercayaan serta sokongan dengan memberinya peluang bertanding dalam pemilihan UMNO pada tahun 2000.
"Ketika saya 'terpijak kulit pisang' pada tahun 1998 hingga masuk ISA, yang kembali memberikan 'nyawa' kepada saya dalam dunia politik nasional adalah Tajol Rosli.
"Beliau membenarkan saya bertanding sehingga mendapat undian keempat tertinggi dalam pemilihan Anggota Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya kedua tertinggi pada pemilihan seterusnya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Veteran UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini, hari ini yang turut dihadiri Tajol Rosli.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan anggota Parlimen Bagan Datuk turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusof Kassim kerana membantu memastikan beliau mendapat sokongan perwakilan lain semasa pemilihan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan muda supaya sentiasa ikhlas dalam perjuangan parti.
"Kepada yang masih-masih muda ini, saya nak nasihatkan dalam politik tidak ada istilah merajuk, kita perlu sentiasa positif dengan ujian daripada Allah.
"Saya 11 tahun menunggu bermula daripada Timbalan Menteri Pelancongan pada 2004 kepada Timbalan Perdana Menteri tahun 2015, saya tidak pernah merungut pun kerana yang penting kita perlu istiqamah dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#Akta Keselamatan Dalam Negeri
#ISA
#Menteri Besar Perak
#tajol rosli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan