awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh pemilihan: 'Sedarlah, UMNO kini terdesak cari muka baru' - Khairuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/06/2015
02:13 MYT
Tangguh pemilihan: 'Sedarlah, UMNO kini terdesak cari muka baru' - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Najib perlu memberi peluang kepada akar umbi untuk memilih semula MT mengikut selera dan keperluan rakyat.
Pemilihan UMNO 2016 disifatkan platform paling penting untuk memilih tokoh-tokoh pemimpin baru parti sekali gus membuka lebih banyak ruang bagi pemimpin Pemuda dipilih bagi menduduki barisan kepimpinan yang lebih diterima rakyat.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, masanya sudah sampai buat pemimpin-pemimpin lama untuk berundur bagi memberi peluang kepada pemimpin muda untuk bersama-sama membantu menerajui kepimpinan parti.
"Orang muda akan memberi nafas dan semangat baru kepada parti. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memilih muka baru dan diterima rakyat.
"Oleh yang demikian adalah tidak wajar bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya dijadikan platform ke arah transformasi imej UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"UMNO adalah sebuah parti yang cukup matang yang mana sesiapa saja pemimpin baru yang bakal dipilih akan mempunyai matlamat yang sama bagi menjamin kesinambungan serta survival parti keramat orang Melayu ini," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Pemilihan UMNO 2016 ditangguh 18 bulan - Najib
Khairuddin mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat yang menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan.
“
Orang muda akan memberi nafas dan semangat baru kepada parti. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memilih muka baru dan diterima rakyat
”
- Khairuddin
Kata Najib, keputusan itu dibuat bagi memastikan kemantapan ‎parti pada PRU14 nanti.‎ ‎ ‎Tambahnya, amalan itu juga dilakukan sama seperti yang dilakukan pada zaman bekas presiden parti sebelum ini‎.
VIDEO: UMNO tangguh pemilihan: Reaksi Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak
Jelas Khairuddin lagi, Najib perlu memberi peluang kepada akar umbi untuk memilih semula MT mengikut selera dan keperluan rakyat.
"Ia akan memacu parti ke arah kejayaan yang lebih cemerlang oleh tenaga kerja baru dengan mempamerkan semangat wadah perjuangan baru bagi menghadapi PRU14 yang amat mencabar dalam sejarah politik negara.
"Tambahan pula kedudukan serta populariti Najib yang amat mantap sekarang, dia tidak mempunyai alasan untuk merasa tidak selamat kerana semangat 'Solidariti' yang diperkenal tahun lepas," jelasnya.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri‎ Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 mencadangkan supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
BACA: Jangan tangguh pemilihan UMNO 2016, kata Muhyiddin
Muhyiddin juga mencadangkan Perlembagaan UMNO dipinda tahun ini untuk membolehkan barisan pelapis muda memainkan peranan dan memberikan khidmat lebih besar kepada parti.
Sebelum ini, veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang diadakan pada hujung tahun ini bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti, sekali gus perdana menteri sehingga PRU ke-14 atau sebaliknya.‎
Topic Berkaitan
#Khairuddin
#Muhyiddin
#najib
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan