awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh penting PRK DUN Slim pada 23 Julai - SPR

Bernama
Bernama
17/07/2020
13:48 MYT
Tarikh penting PRK DUN Slim pada 23 Julai - SPR
SPR turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Khusairi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata perkara itu diputuskan selepas menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, mengenai kekosongan luar jangka kerusi N. 58 Slim, hari ini.
"Berdasarkan Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh yang dipastikan oleh SPR kekosongan itu berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mesyuarat khas SPR itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi, Dr Azmi Sharom dan ia akan diadakan pada jam 9 pagi di Ibu Pejabat SPR, Menara SPR, Putrajaya.
Ikmalrudin berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan PRK tersebut.
Dalam pada itu SPR turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Khusairi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, beliau mengekalkan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang bertanding atas tiket PKR, iaitu Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN
#DUN Slim
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PRK
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan