awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh penting PRU15 di tiga negeri dibincang serentak Khamis ini

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2022
13:39 MYT
Tarikh penting PRU15 di tiga negeri dibincang serentak Khamis ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15. - Gambar fail
SHAH ALAM: Tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri Pahang, Perlis dan Perak akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pada Khamis ini.
Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, setakat Isnin, SPR telah menerima pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Sehubungan itu, penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ikmalrudin pada 11 Oktober lalu memaklumkan Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah akan diadakan pada Khamis ini. BACA SEMUA BERHUBUNG PRU15 DI SINI
Media sebelum ini melaporkan bahawa tiga negeri tersebut yang berada di bawah pentadbiran BN akan mengikut ketetapan dibuat oleh kerajaan Persekutuan dalam isu pelaksanaan PRU15 pada tahun ini.
Manakala negeri yang berada di bawah pentadiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang serta negeri diterajui Pas iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah masing-masing kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN sehingga tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Indera Ikmalrudin Ishak
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan