awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada isu 'pecat', mesyuarat berlangsung mesra - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
30/08/2022
04:22 MYT
Tiada isu 'pecat', mesyuarat berlangsung mesra - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan diraikan oleh UMNO. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Tidak ada isu yang berlaku dalam UMNO, demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO ketika diminta mengulas mengenai khabar angin berlaku pergolakan dalam parti itu.
Jelas Ismail Sabri, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato Onn pada Sabtu lalu berlangsung dalam suasana mesra.
"Tak, tak ada apa, kita bincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi malam itu (Sabtu) dalam keadaan suasana mesra dan sebagainya.
"Tidak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam," jelasnya.
Mengulas mengenai khabar angin kononnya beliau akan dipecat oleh UMNO, tegas Ismail Sabri, tiada isu mengenai perkara itu.
Sebaliknya kata Ismail Sabri, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan diraikan oleh UMNO.
"Tidak ada apa-apa isu dalam UMNO, perbezaaan pandangan adalah perkara biasa, itu diraikan," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Sabtu lalu, Ismail antara yang hadir dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara dibincangkan dalam mesyuarat itu, solidariti memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selain usaha menstabilkan ekonomi dan negara.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#UMNO
#PRU15
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan