awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada sebab saya keluar UMNO' - Hishammuddin

Bernama
Bernama
19/09/2018
11:56 MYT
'Tiada sebab saya keluar UMNO' - Hishammuddin
Hishammuddin mengulas laporan media kononnya beliau akan meninggalkan UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam. - Gambar fail
Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu.
"Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO," katanya kepada Bernama hari ini.
Hishammuddin mengulas laporan media kononnya beliau akan meninggalkan UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam.
BACA: Hishammuddin keluar Umno? Ada lagi yang akan keluar - Bung Mokhtar
Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden UMNO itu menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.
Dalam tempoh tidak sampai 24 jam lepas, dua Anggota Parlimen daripada UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) telah mengumumkan meninggal parti tersebut.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#bangsa melayu
#Hishammuddin Hussein
#jeli
#Kimanis
#Mustapa Mohamed
#parti keramat
#Perdana Menteri
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan