awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang

Nazrin Hamdan
Nazrin Hamdan
24/04/2022
05:41 MYT
Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 21 April lalu bersetuju melantik pemangku presiden parti itu Datuk Joseph Salang Gandum sebagai presiden baharu. FOTO: Astro AWANI
SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.
Menurutnya, ia satu keputusan yang besar, dengan meletakkan keutamaan kepada perpaduan dan pengukuhan parti itu.
"Tindakan beliau persis seorang negarawan, yang dengan berbesar hati menolak untuk bertanding jawatan Presiden walaupun mendapat banyak pencalonan.
"Saya juga berterima kasih kepada semua pemimpin lain yang telah berkorban dalam pelbagai cara untuk mengelak daripada mewujudkan keretakan dalam parti.
"Sekarang mari kita mula bergerak ke hadapan dan menjadikan PRS sebuah parti yang menjaga semua ahli dan membahagiakan semua yang terlibat dengannya,’’ katanya ketika menyampaikan berucap dalam Persidangan Tritahunan PRS di sebuah hotel terkemuka di sini pada Ahad.
Persidangan tersebut dirasmikan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
BACA: Sah! Joseph Salang Gandum kini Presiden PRS
Bagi pemilihan parti yang dijadual berlangsung petang ini, semua jawatan tertinggi tidak akan dipertandingkan, dengan Salang akan dinobatkan sebagai Presiden yang baharu.
Majlis Tertinggi PRS | Joseph Salang Gandum dilantik Presiden PRS
Turut disahkan jawatan ialah Timbalan Presiden, yang kini dipangku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Datuk Majang Renggi.
Jawatan Presiden sejak empat penggal lalu disandang mendiang Tan Sri James Jemut Masing yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu akibat komplikasi COVID-19.
Topic Berkaitan
#Joseph Salang Gandum
#John Sikie Tayai
#James Jemut Masing
#Parti Rakyat Sarawak
#Gabungan Parti Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan