awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TIDAK RASMI] PRN: PH-BN tubuh kerajaan negeri di Negeri Sembilan

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2023
13:46 MYT
[TIDAK RASMI] PRN: PH-BN tubuh kerajaan negeri di Negeri Sembilan
Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan. - Gambar hiasan/BERNAMA
SEREMBAN: Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada malam tadi.
Beliau membuat pengumuman itu di hadapan calon BN dan penyokong parti itu, dipercayai di Wisma UMNO Negeri Sembilan.
"Barisan Nasional menang 14 kerusi. Setakat ini, PH dengan BN sudah boleh tubuhkan kerajaan," katanya disambut sorakan penyokong dan calon.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi diterima media, Datuk Seri Mohamad Hasan menang buat kali kelima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti selesa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pula menang di DUN Chennah dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun sedang mendahului di DUN Sikamat.
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN RASMI/TIDAK RASMI
Topic Berkaitan
#PH BN
#PRN
#Negeri Sembilan
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan