awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga berita gembira jika BN terus diberi mandat

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2018
15:08 MYT
Tiga berita gembira jika BN terus diberi mandat
DATUK SERI NAJIB: Tiga berita gembira itu akan diberikan sekiranya mandat terus kekal di tangan BN. - Gambar Astro AWANI
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga berita gembira untuk rakyat Malaysia dalam pengumuman khasnya sebelum proses pengundian Pilihan Raya Umum (PRU14), esok.
Beliau berkata, kepada semua golongan muda negara yang berumur 26 tahun dan ke bawah akan berikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta.
"Ini sekaligus bermakna, bagi cukai pendapatan yang telah pun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka," katanya semasa menyampaikan amanat khas di Pekan malam tadi.
Selain pengecualian cukai, Datuk Seri Najib juga mengumumkan sekiranya mandat kekal di tangan BN, cuti peristiwa khas selama dua hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei 2018 yakni hari Isnin dan Selasa hadapan.
Bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, maka cuti peristiwa khas ini akan jatuh pada hari Ahad dan Isnin yakni 13 dan 14 Mei 2018.
Beliau berkata, ia sebagai tanda terima kasih dan sukacitanya jika BN menang serta memberi peluang untuk umat Islam membuat persiapan menjelang Ramadan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan seandainya BN terus diberi mandat, tidak ada sebarang bayaran tol yang akan dikenakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018.
"Tol percuma kepada pengguna lebuh raya di seluruh negara bagi dua hari sebelum hari raya dan tiga hari, iaitu pada hari raya pertama, hari raya kedua dan hari raya ketiga," katanya.
Sebagai penutup ucapan beliau, Datuk Seri Najib memetik lirik lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, 'Kamilah penyambung warisan'
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Barisan Nasional
#berita
#cukai
#cuti
#gembira
#janji
#Malaysia
#MalaysiaMemilih
#Najib Razak
#pengecualian
#PRU14
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan