awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM nafi tiga Menteri Besar akan digugur

Mazni Mustafa
Mazni Mustafa
01/08/2015
09:58 MYT
TPM nafi tiga Menteri Besar akan digugur
AHMAD ZAHID: Ketiga-tiga Menteri Besar terbabit kekal dengan jawatan masing-masing dan akan terus memimpin negeri sepertimana yang ada pada masa ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi bahawa tiga Menteri Besar akan digugurkan ekoran rombakan kabinet baru pada 28 Julai lalu.
Beliau mengesahkan bahawa ketiga-tiga Menteri Besar terbabit kekal dengan jawatan masing-masing dan akan terus memimpin negeri sepertimana yang ada pada masa ini.
Ketiga-tiga Menteri Besar yang disebut-sebut akan digugurkan adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Tun Mahathir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar, Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Sambil menegaskan beliau tidak mahu mendahului Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan meminta supaya spekulasi mengenainya tidak lagi timbul.
"Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri di dalam perkara ini (mengumumkan kedudukan mereka) tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya.
"Jangan ada perasaan di dalam hati pemimpin berkenaan untuk rasa mereka akan diketepikan," katanya.
Ujarnya, pendirian Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO adalah jelas bahawa yang penting adalah dokongan daripada semua pihak dan ianya tidak harus terkait dengan sebarang keputusan dalam rombakan kabinet yang lalu kerana ianya membabitkan rombakan di peringkat Nasional.
Beliau mengingatkan kepada semua pemimpin UMNO pelbagai peringkat untuk terus setia dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dan mereka tidak seharusnya bimbang akan kedudukan mereka.
Ahmad Zahid ditemui selepas menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO Hutan Melintang, pada petang Sabtu.
Mesyuarat dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Bagan Datoh
#Menteri Besar
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan