awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tun M itu dah macam ayah'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2018
15:51 MYT
'Tun M itu dah macam ayah'
ADNAN: Kita percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan orang baru beliau orang lama, dia macam ayah kita, kalau saya dengan Tun M macam ayah. -Foto Sinar Harian
Kerajaan negeri Pahang yakin kerajaan pusat akan bertindak adil terhadap negeri itu meskipun wujud perbezaan politik.
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata konsep itu selaras sepertimana amalan kerajaan sebelum ini.
"Macam kita menjadi kerajaan persekutuan kita bantu juga Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Pakatan Harapan ini kerajaan persekutuan pilihan rakyat begitu juga kita di Pahang jadi tak ada sebab kita nak gaduh.
"Kita percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan orang baru beliau orang lama, dia macam ayah kita, kalau saya dengan Tun M macam ayah," katanya dalam sidang media di Hotel Pasifik di sini hari ini.
Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai persaingan dalam pemilihan parti UMNO pada 30 Jun ini, Adnan berkata, pertandingan itu akan menjadi 'biasa-biasa' sahaja.
"Saya tengok tidak sengit sebab tak ada benda nak rebut, menang jadi presiden parti bukan boleh jadi perdana menteri.
"Sebenarnya bila kita bertanding ini, kita kena pikul tanggungjawab yang sangat berat," katanya.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#Mahathir Mohamad
#perbezaan politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan