awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M nasihat Muhyiddin letak jawatan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/01/2021
10:48 MYT
Tun M nasihat Muhyiddin letak jawatan
Kata Tun Dr Mahathir, sudah banyak kali beliau menasihat Tan Sri Muhyiddin agar melepaskan jawatan, namun, Perdana Menteri tidak mengambil perhatian nasihat itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan.
Bercakap kepada media hari ini, Dr Mahathir menegaskan, Muhyiddin perlu mengambil tindakan sedemikian jika berasakan kepimpinannya tidak kukuh dari segi sokongan.
“Dah nasihat banyak kali (beri nasihat kepada Muhyiddin) tapi yang susahnya kita nasihat, mereka tak mahu dengar. Itu yang jadi masalah.
“Nasihat terbaik, anda nampak tak begitu kukuh, letak jawatan lah,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Khamis.
Sidang Media Pimpinan Penaja Parti Pejuang Tanah Air
Mengulas kemelut antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau sudah menjangkakan perkara itu ketika kedua-dua parti itu mahu bergabung.
“Saya beritahu Muhyiddin, anda akan hadapi masalah kerana anda parti kecil, mereka besar dan ada banyak kerusi.
“Kalau mereka tarik balik sokongan, habislah tapi beliau kata beliau boleh uruskan masalah itu. Jadi kita lihatlah bagaimana dia mahu uruskan,” ujar Dr Mahathir lagi.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#nasihat letak jawatan
#Kerajaan Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan