awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO harus kembali kepada asas perjuangan asal - Bahrin

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
23/06/2018
11:54 MYT
UMNO harus kembali kepada asas perjuangan asal - Bahrin
BAHRIN (tengah) berkata, UMNO harus kembali kepada asas perjuangan asal parti itu. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
UMNO harus kembali kepada asas perjuangan asal parti itu, tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Bahrin Abdul Karim.
Kata beliau, sudah tiba masanya untuk parti keramat Melayu itu kembali ke landasan yang betul dalam mencari rentak hala tuju parti selepas ini termasuk di Sabah.
"Tidak dinafikan rakyat telah memilih pendirian mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
"Keputusan yang dibuat pada 9 Mei lalu memperlihatkan agar kita harus balik ke landasan yang betul selain muhasabah diri untuk terus kekal bangkit dan mengukuhkan parti ini," katanya.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Kota Kinabalu itu berkata demikian ketika ditemui di Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Kinabalu di ibu negeri, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Abdul Aziz Julkarnain yang baru dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, beliau komited dalam meneruskan visi, misi dan legasi Bahrin yang baru dilepaskan atas faktor tamat tempoh umur.
Abdul Aziz berkata beliau yakin jika ahli parti kembali kepada akar perjuangan asal UMNO akan dapat diselamatkan pada masa depan.
"Sekarang ini kita cuba mereformasikan kalangan anak-anak muda kita untuk memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya kepada UMNO agar parti ini tidak terkubur," katanya.
Topic Berkaitan
#Bahrin Abdul Karim
#bangkit
#Bekas Pemuda
#Bumiputera
#Kota Kinabalu
#muhasabah diri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan