awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO kini terbuka untuk rundingan dengan mana-mana pihak - Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/05/2018
09:36 MYT
UMNO kini terbuka untuk rundingan dengan mana-mana pihak - Zahid
Datuk Seri Zahid berkata, sebarang rundingan itu harus dilakukan secara en-bloc atau secara bersama, demi kepentingan parti itu. - Gambar fail
UMNO kini terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak, sama ada untuk pembentukan kerajaan atau pembangkang di negeri-negeri, kata Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Namun, beliau berkata, sebarang rundingan itu harus dilakukan secara ‘en-bloc’ atau secara bersama, demi kepentingan parti itu.
Ujarnya lagi, semua pihak harus ingat UMNO merupakan parti tunggal yang mempunyai jumlah ahli Parlimen yang terbanyak, iaitu sebanyak 54 orang.
“Kita akan gunakan segala kekuatan UMNO dan Barisan Nasional untuk adakan rundingan dengan sesiapa saja bagi pembentukan dalam sebarang bentuk kerajaan ataupun sebagai pembangkang,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Mesyuarat MT itu merupakan yang pertama dipengerusikan beliau susulan perletakan jawatan Presiden sebelum ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, ekoran kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lepas.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, satu ‘task force’ khusus telah diwujudkan bagi mengenal pasti faktor kekalahan yang lalu, di samping melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi membangkitkan semula UMNO sebagai satu kuasa dalam politik Malaysia.
“Kita telah mula strukturkan, bukan saja organisasi, tapi beberapa tindakan untuk mengorak langkah masa depan..dan kita tak akan toleh ke belakang.
“Kita akan bertindak dalam sebarang kepayahan ini sebagai satu pasukan, dan kita mahu, UMNO terus bangkit bersama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional,” ujarnya lagi.
Mengenai mesyuarat Agung UMNO yang bakal berlangsung tahun ini, Datuk Seri Zahid berkata, mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian akan dimulakan terlebih dahulu, walaupun kali ini suasananya amat berlainan.
“Kita mulakan (mesyuarat) dalam bulan puasa ini, walaupun saya tahu di akar umbi ada masalah, dewan tak boleh guna lagi kerana kerajaan negeri bukan kita, tetapi hadapilah hakikat kita adalah pembangkang,” katanya lagi.
Beliau juga menegaskan tiada sebarang perbincangan dalam mesyuarat MT tadi mengenai pemilihan parti.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Hishammuddin Hussein
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#pembangkang
#pilihan raya umum
#politik
#presiden
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan