awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO nafi terlibat dalam pemberian geran atau dana kepada usahawan

Bernama
Bernama
24/02/2017
14:29 MYT
UMNO nafi terlibat dalam pemberian geran atau dana kepada usahawan
TENGKU ADNAN: UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan. - Gambar fail
UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan khususnya peniaga kecil dan syarikat baru dengan menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh tertentu.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan berkaitan kewujudan geran atau dana yang mengaitkan nama UMNO bagi membantu syarikat Sdn Bhd dan Enterprise.
"Sehubungan itu, saya ingin menafikan penglibatan UMNO dalam pemberian geran atau dana kepada mana-mana pihak malah UMNO juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau mana-mana pihak untuk menjadi ejen dalam skim tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya modus operandi skim itu menyasarkan peniaga-peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai jumlah modal kecil.
Tengku Adnan menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan taktik mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama UMNO dan sebaliknya membuat semakan dengan ibu pejabat UMNO terlebih dahulu bagi mengelakkan tertipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana
#Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
#Geran
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan