awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'

Bernama
Bernama
20/11/2016
01:57 MYT
'UMNO Perak tidak terlibat perhimpunan Baju Merah'
Antara peserta kumpulan Baju Merah yang menyertai perhimpunan Bersih 5 di ibu negara pada Sabtu. - Astro AWANI/Mariah Ahmad
UMNO Perak tidak pernah mengeluarkan arahan supaya setiap bahagian menghantar anggota untuk menyertai perhimpunan Baju Merah di ibu negara hari ini, tegas Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Zambry, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, berkata pihaknya sama sekali tidak terlibat dalam perhimpunan itu, malah tidak pernah berbincang mengenainya sama ada di peringkat negeri atau bahagian.
"Saya sendiri tidak tahu daripada mana datangnya maklumat yang mengatakan kita (UMNO Perak) terlibat sama dalam perhimpunan Baju Merah," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Bersama Pemimpin Akar Umbi Perak di sini, pada Sabtu. LAPOR LANGSUNG Bersih 5 di Kuala Lumpur
Zambry mengulas berita yang diviral kononnya Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie mengeluarkan arahan menyatakan imbuhan, makanan dan kemudahan pengangkutan disediakan kepada setiap anggota UMNO Perak sekiranya berminat menyertai perhimpunan itu.
BACA: Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
Sementara itu, Ahmad Shalimin berkata beliau langsung tidak mengetahui tentang arahan berkenaan, tetapi percaya ia sengaja dilakukan pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imejnya.
"Arahan yang dikeluarkan itu tidak dijelaskan dengan lanjut dan secara tiba-tiba gunakan nama saya. Ia tidak masuk akal dan tiada sebarang kewajaran untuk saya melakukan tindakan sedemikian," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie
#Baju Merah
#Bersih 5
#UMNO Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan