awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah masih utuh - Hajiji

Bernama
Bernama
01/12/2018
22:08 MYT
UMNO Sabah masih utuh - Hajiji
HAJIJI: UMNO Sabah masih utuh dan bersatu dengan program khidmat sosial parti bersama rakyat masih dijalankan di semua bahagian. -Gambar fail
UMNO Sabah masih utuh dan bersatu dengan program khidmat sosial parti bersama rakyat masih dijalankan di semua bahagian, kata Pengerusinya Datuk Hajiji Noor.
Justeru katanya adalah tidak adil untuk mengkritik UMNO secara keterlaluan memandangkan parti itu juga banyak berjasa dalam pembangunan Sabah.
"Pilihan Raya Umum ke-14 sudah selesai. Sepatutnya sekarang tumpuan perlu diberikan terhadap tanggungjawab dan kerja harian kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.
"Seluruh rakyat di negeri ini harus bekerjasama demi mengembalikan kegemilangan Sabah. Kita perlu memperbetul keutamaan kita," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan Sabah yang menyatakan UMNO Sabah akan luput dan tidak ada lagi harapan untuk bangkit selepas ramai wakil rakyatnya mengambil keputusan meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Hajiji berkata laporan itu berbentuk spekulasi yang jelas dibuat dengan tujuan mencipta persepsi yang boleh merumitkan lagi keadaan politik semasa di Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Hajiji Noor
#Sabah
#UMNO
#utuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan