awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'UMNO Semporna hanya terbubar bila dua pertiga kepimpinan letak jawatan' - Rahman Dahlan

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2016
13:02 MYT
'UMNO Semporna hanya terbubar bila dua pertiga kepimpinan letak jawatan' - Rahman Dahlan
RAHMAN DAHLAN: 'UMNO Semporna terbubar bila dua pertiga kepimpinan letak jawatan' - Gambar fail
UMNO Bahagian Semporna hanya terbubar seandainya dua pertiga kepimpinannya meletakkan jawatan.
Bagaimanapun Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, seandainya berlaku, ia masih tidak dikira bubar kerana akan dipimpin ibu pejabat UMNO sendiri.
"Tidak betul apabila Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kata UMNO Semporna terbubar. Ia hanya terbubar bila dua pertiga kepimpinan meletakkan jawatan namun angka yang meletakkan jawatan tidak sampai itu.
"Apabila ada yang letak jawatan, kita akan lantik pemegang baharu atau pemangku, jadi ia tidak akan berlaku," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Abdul Rahman mengulas kenyataan Shafie yang menyifatkan UMNO Semporna terbubar apabila dia dan beberapa kepimpinan lain meletakkan jawatan dan meninggalkan parti.
Dalam pada itu katanya, apa yang dilakukan Shafie sejak kebelakangan ini adalah bukan kerana kepentingan parti.
"Apa yang dibuatnya menjejaskan imej parti. Kita sudah menghidu apa yang akan dilakukannya akan menjejaskan serta memudaratkan parti.
"Kita tahu dia antara pemain politik terbesar di Sabah namun tindakannya tidak memeranjatkan.
"Kita pernah berdepan cabaran lebih besar dan melalui pengalaman, kita dapat menyelesaikan isu ini," jelasnya.
Abdul Rahman turut berharap mereka yang keluar parti dapat kembali ke pangkal jalan.
"Ia adalah perjuangan parti dan bukan individu, kita faham mereka marah tetapi kita lihat itulah politik," ujarnya.
Selepas sepuluh hari digantung keahlian daripada parti, Shafie mengumumkan tindakan keluar daripada UMNO.
Shafie yang juga Ketua UMNO bahagian Semporna mengumumkan perkara itu di hadapan ribuan ahli UMNO di kawasannya.
Topic Berkaitan
#keluar parti
#Rahman Dahlan
#Shafie Apdal
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan