awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO sudah matang, mampu tangani cabaran - Abdul Rahman

Bernama
Bernama
14/08/2016
23:23 MYT
UMNO sudah matang, mampu tangani cabaran - Abdul Rahman
UMNO tidak mudah tergugat dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang disifatkannya sebagai cubaan untuk menggugat kestabilan politik negara. -Gambar fail
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata UMNO mampu menangani sebarang cabaran kerana ia adalah parti yang matang dan berpengalaman luas dalam kepimpinan negara.
Sehubungan itu, beliau yakin UMNO tidak mudah tergugat dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang disifatkannya sebagai cubaan untuk menggugat kestabilan politik negara.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan itu jelas menunjukkan parti pembangkang cuba main buyuk (tipu dalam bahasa tempatan Sabah) untuk menjatuhkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apabila tidak dapat jatuhkan presiden, mereka main buyuk dengan melemparkan pelbagai fitnah, tohmahan dan tuduhan.
"Tidak cukup itu, mereka cari pihak luar untuk mengganggu-gugat kestabilan politik negara kita," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan di sini, pada Ahad.
Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, Ketua Wanita Noraini Sulong, Ketua Pemuda Fakaruddin Ampong dan Ketua Puteri Siti Haiba Abd Majid.
Abdul Rahman juga kesal kerana setelah 25 tahun menyemai benih perjuangan UMNO di Sabah, ada pihak yang cuba menggugatnya dengan mengajak anggota parti berhijrah kepada parti pembangkang itu.
Pada persidangan hari ini, UMNO Bahagian Sandakan sebulat suara menyuarakan sokongan berterusan kepada Najib selaku Presiden UMNO dan perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan UMNO
#Bersatu
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan