awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO-Pas bakal meterai piagam kerjasama - Annuar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/05/2019
07:49 MYT
UMNO-Pas bakal meterai piagam kerjasama - Annuar
ANNUAR: Pimpinan UMNO dan Pas merasakan elok dibuat secara lebih rasmi.
Kerjasama UMNO dan Pas bakal diperkukuhkan lagi dengan bentuk yang lebih rasmi selepas mementerai satu piagam kerjasama, tidak lama lagi.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, draf piagam tersebut yang kini dalam peringkat akhir penelitian oleh jawatankuasa tertinggi kedua-dua parti dijangka dimeterai selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Jadi sekarang, pimpinan UMNO dan Pas merasakan elok dibuat secara lebih rasmi, jadi pucuk (pimpinan) tertinggi, presiden kedua-dua parti minta ditubuhkan jawatankuasa induk untuk bekerjasama dan membentuk jawatankuasa teknikal yang diurusetia oleh saya dan Datuk Takiyuddin (Hassan),” ujar beliau.
Tambah Annuar, pengesyoran draf telah dibuat untuk membentuk piagam bersama, dan perkara itu sedang dikemukakan kepada peringkat tertinggi masing-masing.
“Dengan adanya kerangka taawun bertulis ini, ia akan menjadikan lebih teratur, bukan hanya di peringkat nasional, peringkat negeri, sampailah ke peringkat bahagian-bahagian,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Pemuda dan Puteri Cakna Asnaf Peringkat Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.
Sebagai rekod, UMNO dan Pas menjalinkan kerjasama secara terbuka khususnya dalam menghadapi pilihan raya kecil selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 lalu.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#kerjasama
#kerjasama politik
#PAS
#Pas-UMNO
#politik
#PRK
#PRU14
#taawun
#UMNO
#UMNO-Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan