awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah

Bernama
Bernama
15/05/2025
22:50 MYT
Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Nurul Izzah menyampaikan ucapan pada Program Temu Rapat Akar Umbi di Kenanga International, Kuala Lumpur, malam tadi. -- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, usaha membangunkan negara bukan hanya terletak di bahu pimpinan parti semata, bahkan memerlukan penglibatan ahli.
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, beliau berkata, PKR perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.
"Saya melihat kepada pengalaman banyak negara seperti di Amerika Syarikat dan Jerman... orang kalau tidak percaya, kadang-kadang mereka tidak melihat kepada parti yang mampu mempertahankan mereka. Satu-satunya negara yang saya fikir melaksanakan reformasi ialah Mexico, dan inilah yang sedang kita buat," katanya, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Temu Rapat Akar Umbi, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Nurul Izzah yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028 juga mahu supaya pemilihan dilangsungkan dalam suasana harmoni dan tidak berpuak.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, Johor dengan pemilihan pimpinan pusat ditetapkan pada 23 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Nurul Izzah Anwar
#calon timbalan presiden PKR
#pembangunan negara
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami