awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul undi tidak percaya tidak perlu dipolitikkan - Azalina

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/10/2015
12:20 MYT
Usul undi tidak percaya tidak perlu dipolitikkan - Azalina
AZALINA: Adalah menjadi keutamaan untuk mendahulukan usul-usul Kerajaan berbanding usul persendirian.
Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dipolitikkan untuk mengelirukan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azlina Othman.
Menurutnya adalah menjadi keutamaan untuk mendahulukan usul-usul Kerajaan berbanding usul persendirian.
"Nombor 1 dan 2 adalah Usul Kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah Rang Undang-Undang Kerajaan (bacaan kali yang kedua), nombor 7 hingga 28 adalah Usul Persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.
"Di samping itu, 5 Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas usul yang dikemukakan Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Lee Hoy San berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.
Jelasnya usul yang dikemukakan Lee itu disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, pada hari Isnin, 19 Oktober 2015.
Ia turut merangkumi Rang Undang-Undang dan Usul-Usul dari Kerajaan serta Usul-Usul Persendirian daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang.
Pada masa sama, beliau turut berharap agar semua Ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana Usul Persendirian.
Ia supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-Peraturan Mesyuarat.
"Sebagai seorang Ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang Ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.
"Tetapi Ahli Parlimen diharap supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana Usul Persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-Peraturan Mesyuarat," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
#undi
#usul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan