awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat kaum Dayak yang dipilih jangan takut terima kritikan - Masing

Bernama
Bernama
23/05/2016
00:00 MYT
Wakil rakyat kaum Dayak yang dipilih jangan takut terima kritikan - Masing
MASING: Apabila rakyat mengkritik kita sebagai ahli politik, kritikan mereka hendaklah bersifat membina. - Gambar fail
Wakil rakyat dari suku kaum Dayak yang baru dipilih tidak harus takut diperbetulkan oleh rakyat jika apa yang mereka lakukan adalah tidak betul.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, mereka boleh memperbaiki jika mendengar apa yang rakyat beritahu mereka tentang apa yang harus dilakukan.
Beliau berkata demikian semasa menutup Bazar Gawai Dayak Kuching 2016 di Batu Kawa di sini pada Ahad.
"Saya sendiri sedia diperbetulkan jika apa yang saya lakukan adalah tidak betul.
"Bagaimanapun, apabila rakyat mengkritik kita sebagai ahli politik, kritikan mereka hendaklah bersifat membina," katanya.
Masing juga berkata walaupun suku kaum Dayak adalah kumpulan masyarakat yang terbesar di negeri ini dan terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan dari kaum Dayak, dalam politik adalah sukar untuk mereka duduk bersama kerana kepentingan yang berbeza.
Tetapi, hakikat bahawa kita adalah suku kaum Dayak seharusnya cukup untuk kita bersama-sama bergerak ke hadapan sebagai satu kumpulan.
"Kita perlu duduk bersama dan memupuk objektif bersama untuk memimpin masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik melalui aktiviti ekonomi dan menyertai yang lain dalam proses membangunkan negara," katanya.
Pilihan raya negeri Sarawak ke-13 pada 7 Mei menyaksikan beberapa wakil rakyat dari suku kaum Dayak dipilih.
Topic Berkaitan
#Bazar Gawai
#berita politik
#James Jemut Masing
#kaum Dayak
#rakyat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan