awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Walaupun positif, ia tetap salah' - Hannah Yeoh

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
13/05/2018
12:30 MYT
'Walaupun positif, ia tetap salah' - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dalam mesej-mesej palsu yang ditularkan kerana ia mampu memberi impak kepada keamanan dan kestabilan politik negara. - Facebook/Hannah Yeoh
"Walaupun ia mesej yang positif, namun ia tetap salah kerana mereka menggunakan nama saya."
Demikian penjelasan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung satu mesej tular di WhatsApp yang menyebut namanya sebagai mengeluarkan kenyataan tersebut.
Kenyataan yang tular itu banyak menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia.
Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyebut nama Hannah Yeoh sebagai mengeluarkan kenyataan tersebut.
Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyebut nama Hannah Yeoh sebagai mengeluarkan kenyataan tersebut.
Ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad, Hannah berharap agar masyarakat lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan media sosial sebagai medium menyebarkan mesej-mesej palsu kerana ia mampu memberi impak yang besar kepada situasi politik negara.
Tambahnya juga, adalah penting untuk mereka mendapat pengesahan mengenai sesuatu perkara sebelum menularkan mesej yang tidak pasti kesahihannya itu.
"Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga nama saya disalahgunakan dalam mesej-mesej sebegini, kadang kala mereka bertindak melakukan plagiat terhadap kenyataan saya di Facebook dan menambah isi sendiri dan ditular," jelasnya lagi.
Di akhir perbualannya, Hannah sekali lagi berharap agar namanya tidak lagi disalah guna dalam mesej-mesej yang tidak benar ini.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Hannah Yeoh
#Sosial Media
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan