awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rebah, meninggal dunia ketika tunggu giliran mengundi

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2018
05:04 MYT
Wanita rebah, meninggal dunia ketika tunggu giliran mengundi
Rokiah Sulong, 54 tahun, tiba-tiba rebah ketika beratur di saluran dua pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, dan disahkan meninggal dunia akibat serangan darah tinggi. -Astro AWANI
Hasrat seorang suri rumah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tidak kesampaian selepas rebah ketika menunggu giliran.
Rokiah Sulong, 54 tahun, tiba-tiba rebah ketika beratur di saluran dua pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, dan disahkan meninggal dunia akibat serangan darah tinggi.
Anak mangsa, Nur Zita Md Nur berkata dia menemani ibunya ke pusat pengundian namun dipisahkan mengikut saluran masing-masing.
"Turun mengundi, dia pergi ke saluran dua, saya ke saluran empat. Lepas itu beratur macam biasalah. Lepas itu orang ramai beritahu ada orang pengsan. Saya pergi tengok.
"Masa saya tengok, dia masih sedar lagi. Tapi lepas itu pengsan semula. Panggil-panggil nama, tak menyahut. Lepas itu orang datang tengok dah meninggal," kata Nur Zita.
Sementara itu, suami mangsa Md Nur Jusoh memberitahu isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan begitu bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab.
"Saya pergi dulu seorang diri. Tiada tanda apa-apa. Bila pulang, ada orang telefon beritahu yang dia pengsan. Lepas itu pihak hospital datang mengesahkan dia sudah meninggal dunia," kata Md Nur.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Topic Berkaitan
#Md Nur Jusoh
#Nur Zita Md Nur
#pengundi
#pusat pengundian
#Rokiah Sulong
#Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai
#tunggu giliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan