awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
09/01/2024
07:21 MYT
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Zahid berkata, senario yang sama pernah berlaku antara MCA dan Gerakan ketika parti itu masih menjadi kompenen BN dahulu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ujarnya, senario yang sama pernah berlaku antara MCA dan Gerakan ketika parti itu masih menjadi kompenen BN dahulu.
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihatkan kedua-dua parti untuk mencari titik tengah dalam setiap perbezaan pendapat.
"MCA dan DAP perlu selesaikan sendiri perbezaan pandangan," katanya sebagai respon terhadap beberapa tindakan pemimpin MCA dan DAP yang berbalas kenyataan dan kritikan di media sosial.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas Mesyuarat Koordinasi Bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Felda di Ibu Pejabat Felda hari ini.
Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, mengesyorkan MCA keluar daripada BN kerana beberapa tindakannya didakwa tidak berprinsip sehingga menimbulkan persepsi orang ramai bahawa 'MCA agak sesat.'
Topic Berkaitan
#MCA
#DAP
#Zahid Hamidi
#perbezaan pendapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan