awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zulkifli Noordin buat laporan polis ekoran kenyataan Nurul Izzah

Bernama
Bernama
12/03/2015
14:24 MYT
Zulkifli Noordin buat laporan polis ekoran kenyataan Nurul Izzah
Datuk Zulkifli Noordin (gambar) membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya di Parlimen Selasa lepas. - Gambar Fail
Bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya di Parlimen Selasa lepas yang mempertikai penghakiman negara.
Zulkifli ketika dihubungi Bernama berkata kenyataan Nurul Izzah berhubung penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lalu sebagai suatu kenyataan yang sarat dengan penghinaan.
Katanya kenyataan Nurul Izzah bukan lagi mengkritik atau menegur tetapi sudah menghina badan kehakiman, selain berbaur hasutan.
Zulkifli juga percaya kenyataan Nurul Izzah itu tidak dilindungi oleh kekebalan anggota Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63 Fasa (2) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah dan memohon pihak pendakwa raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya ucapan anak sulung Anwar itu didapati melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah
#Parlimen
#Zulkifli Noordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan