awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat..." - Haziq Nadzli

Gempak
Gempak
30/08/2017
08:00 MYT
"10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat..." - Haziq Nadzli
Pada perlawanan akhir semalam, Haziq telah menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan 1-0 dan pingat emas buat Thailand.
PENJAGA gol skuad bola sepak B-22 tahun negara, Haziq Nadzli, mengakui kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan akhir bola sepak lelaki Malaysia menentang Thailand malam tadi, bukan sesuatu yang disengajakan.
Menurut Haziq, dia bersedia untuk menerima kritikan daripada orang ramai mengenai kesilapan yang dilakukan itu dan berharap agar mereka bersedia untuk memaafkan kesalahan tersebut.
"Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar.
"Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain.
"10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya.
"Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah," katanya.
BACA: Saya kecewa, namun bangga dengan apa kita ada untuk masa depan - TMJ
Pada perlawanan akhir semalam, Haziq telah menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan 1-0 dan pingat emas buat Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam.
Ia seakan mengulangi tragedi 2001, di mana kesilapan penjaga gol Malaysia, Kamarulzaman Hassan, menyaksikan skuad negara tewas di tangan Thailand di venue dan keputusan yang sama, 1-0 di Stadium Shah Alam.
Thailand mencatat hatrik emas kali ketiga berturut-turut Sukan SEA .
Biarpun pasukan negara dilihat lebih mendominasikan padang, namun ketiadaan penyudah menyebabkan gawang Thailand sukar dibolosi.
Sumber: Astro Arena
Topic Berkaitan
#Astro
#bola sepak
#Haziq Nadzli
#Malaysia
#penjaga gol
#SEA Games
#Sukan SEA
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan